lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Friday, August 5, 2011

baru nak update

al salam alaykum

masa CYC aku rajin sgt update food diary kan?

skrg nih aku mmg tak update dh... bkn apa... takut!!! heheheeheh

ok, apa yg aku makan selama 4 hari berpuasa:

1 Ramadhan

Sahur: ayam goreng 2 ketul, kurma 3 biji, air masak 2 gelas

Berbuka: nugget 3 ketul, cucur badak 2 ketul, kurma 3 biji, air masak 3 gelas

2 Ramadhan

Sahur: ikan goreng seketul, kurma 3 biji, air masak segelas

Berbuka: kurma 2 biji, siakap stim, rojak sotong, aiskrim, air batu campur, aiskrim lemon, air tebu segelas, air masak segelas, ayam rendang, kuih-kuih, daging lada hitam, apa lagi eh?? tak ingt laa... ni bukak puasa kat Sudu Restaurant, Hilton KL... harga buffet RM 129 per person, aku makan portion skit je, 2 kali round, aku tak larat dh... aku dh tanak paksa, sbb ingt lg 2 tahun lepas, bukak posa kat hotel, aku makan byk, sudahnya sejam aku terjelepok dlm toilet... muntah!

3 Ramadhan

Sahur: nasi goreng sesenduk, kurma 3 biji, air masak 2 gelas

Berbuka: kurma 3 biji, kuey teow goreng setengah pinggan, air masak 2 gelas
(sepatutnya aku berbuka puasa di Paya Serai, Hilton PJ, tp aku merajuk dgn manager aku, hahahahahahaha... padan muka tak dpt makan kat Hilton)

4 Ramadhan

Sahur: telur goreng sebiji, kurma 3 biji, air masak 2 gelas

Berbuka: kuey teow sup daging setengah mangkuk, sambal tauhu + tempe + suhun, air masak 2 gelas

Moreh: kuih kasturi sebiji (pi solat terawih kat masjid Shah Alam, dpt moreh)

5 Ramadhan

Sahur: nasi sesenduk, sup daging, sambal tauhu + tempe + suhun, air masak 2 gelas

byk plak makan sahur pagi td...

bukak posa kang tatau apa lg...


tp, sepanjang 4 hari berpuasa ni, aku belum berkesempatan nak bergotong royong memasak dgn housemates semua... aku balik lmbt, dpt komuter pun, sampai depan pintu rumah lg 5 minit nak azan... cemana? mujur housemates semua ok... :)

menu utk buka puasa, kami tak kisah sgt... takde la beriya nak memikir balik kang nak masak apa, nak makan apa... ingt lg tahun lepas, sekali pun kami tak pernah beli kat PARAM... semua buat sendiri... apa yg ada dlm peti ais tu, itulah kami masak dan makan...

senaman: setakat nih takde lg... setakat jalan kaki tak sampai setengah jam dr KL Sentral ke Plaza Sentral... dr Stesen Komuter Batu Tiga ke tempat parking kereta... itu je laa pun...

esok...

akan ada Iftar dgn Geng Gunung... menu yg telah dipersetujui:

Asam Pedas
sambal belacan
sayur campur
triffle
ayam BBQ
sotong pulut
puding karamel

tgk senarai menu tu, buat aku takut! 4 hari aku macam ok je, tiba-tiba esok buat kejutan utk badan aku...

aku tgh pikir nak bawak apa, sama ada nak bawak buah-buahan, sambal goreng jawa, tauhu sumbat @ karipap sardin... aishhh!

apa ek yg patut aku bawak?

3 comments:

Faz Fazrin said...

apa hasilnye selepas 5 hari?

Kay said...

nombor pada penimbang dh turun... apa2 hal tunggu isnin... sama tak dgn berat pagi td

N a d i a said...

hehehe.. bawak mane yang rase paling sedap sekali di doniaa ini!


Sabtu Ahad pon rasanya berbuka moreh di kampung.. heheh.. tak sabar!


Penimbang tinggal kejap. Isnin baru takut nak naik. ;p

Enjoy the meeting with friends yah!