lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Showing posts with label Jom Kurus Bersama!. Show all posts
Showing posts with label Jom Kurus Bersama!. Show all posts

Thursday, February 28, 2019

27/02/2019 - Tamatlah sudah Jom Kurus Bersama!

Al salam alaykum

Semalam last timbang utk Jom Kurus Bersama!

Berat terkini aku ialah 63.7 kg!

Total penurunan dari 02/01/2019 - 27/02/2019 ialah 3.5 kg.

Tak tau la ok ke tak. Tapi aku kecewa juga laaa...

Payahnya sekarang! Tak tau la yg turun tu lemak ke muscle!

Bila aku cuba utk makan ikut coach di Isntagram tu, berat aku kekal selama 3 minggu!

Sakit hati juga rasanya hahahaah

Mereka minta sambung 2.0.

Tapi aku tak join kot. Payah juga nak bawa terbang penimbang ikut sama nanti.

Cukuplah aku jadi admin je nanti.


Wednesday, January 9, 2019

Tips nak kurus!

Al salam alaykum

Berat aku hari ini ialah 66.8 kg. Sikit je turunnya.


Tapi permulaan yg baik la pada aku, demi 60kg!



Tips nak kurus yg selalu aku baca ialah, beritahu orang lain bahawa kita sedang berusaha nak kurus, maka org sekeliling boleh support kita. Betul ke tu?

Ada betul juga, ada tak. Biasalah, mesti akan ada yg kata,

ko nak kurangkan berat apa lagi? Dah sekeping dah tu.

Jangan cerita pasal berat badan kat sini!

Ye la sangat tu, makin naik lagi ada la...


Abaikan je la...

Sebab akan ada yg tolong remind ko walaupun nada mcm perli2 kan?

Kata nak diet, kenapa banyak ko ambil nasi tu?
Ko minum air ni, insyaAllah boleh turun.
Ciklong, jangan makan banyak, Ciklong kan nak kurus!
Ciklong nak kurus kan? Ciklong makan buah je banyak-banyak, nanti boleh la kurus.

Hahahaa... bitau anak sedara lagi best rupanya! Menyokong je apa yg Ciklong cakap!

Jadi, jangan malu nak beritahu semua yg ko sedang berusaha menurunkan berat badan!
InsyaAllah, ada yg menyokong usaha ko.

Thursday, December 27, 2018

27/12/2018 Uwwaaaaaa

Berat pagi ini ialah jeng jeng jeng jeng

67.2 kg

Tak boleh jadi dah, aku mmg kena bertindak dgn betul-betul usaha!

Aku tak sanggup 70kg tu datang lagi!

Maka, bermula dari kak Zack tulis nama "Jenur Kurus Aamin" aku ajak kak Zack turunkan berat sesama.

Dipersetujui ramai, maka kita mulakan lagi sekali.

Semoga Berjaya kali ni.