lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Wednesday, January 9, 2019

Tips nak kurus!

Al salam alaykum

Berat aku hari ini ialah 66.8 kg. Sikit je turunnya.


Tapi permulaan yg baik la pada aku, demi 60kg!



Tips nak kurus yg selalu aku baca ialah, beritahu orang lain bahawa kita sedang berusaha nak kurus, maka org sekeliling boleh support kita. Betul ke tu?

Ada betul juga, ada tak. Biasalah, mesti akan ada yg kata,

ko nak kurangkan berat apa lagi? Dah sekeping dah tu.

Jangan cerita pasal berat badan kat sini!

Ye la sangat tu, makin naik lagi ada la...


Abaikan je la...

Sebab akan ada yg tolong remind ko walaupun nada mcm perli2 kan?

Kata nak diet, kenapa banyak ko ambil nasi tu?
Ko minum air ni, insyaAllah boleh turun.
Ciklong, jangan makan banyak, Ciklong kan nak kurus!
Ciklong nak kurus kan? Ciklong makan buah je banyak-banyak, nanti boleh la kurus.

Hahahaa... bitau anak sedara lagi best rupanya! Menyokong je apa yg Ciklong cakap!

Jadi, jangan malu nak beritahu semua yg ko sedang berusaha menurunkan berat badan!
InsyaAllah, ada yg menyokong usaha ko.

No comments: