lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Saturday, December 24, 2016

Diet Telur

Al salam alaykum

Terjumpa pasal diet ni di FB. Pastu terasa nak cuba 5 hari je. 

 

Tapi aku tak ikut bebetul. Banyak jugak yg aku skip. Macam green tea, aku mmg tak beli. Kemudian, aku tetap kira kalori aku setiap hari mesti 1200kcal. 

Bab makan telur begitu saja, aku cuba pada sarapan pagi je. Pastu, aku makan dengan sambal hitam la, sambal sotong la, kicap lagi. Ada aku amik daging kunyit jugak. 

Aku tak makan sayur begitu saja, jadi mmg takde la lobak merah dan timun dalam menu harian aku. Aku gantikan dengan epal hijau. 

Dan utk oat, aku buat overnight oat, guna susu. Dan aku tak pikir aku boleh telan camtu je. Aku bubuh jugak kismis dan jem strawberi. Lambat sungguh nak habiskan oat secawan lepas rendam susu jadi berganda tu hahaaha. 

Akhirnya, tamat 5 hari. 

 


Aku hilang 3 kg. Kalau ikut bebetul, mungkin dapat 5kg kot. 

Hari ni aku dah tak buat dah. Aku nak kira kalori ikut rutin biasa. 

59kg! Menjelmalah dikau!



Thursday, September 22, 2016

Awak nampak berisi la!

Al salam alaykum

Bos aku, En. Monshi speerti biasa akan menimbang berat dia guna penimbang aku. Dan dia tego aku semalam

Kay, awak nampak berisi la. Saya ingatkan sapa td kat mesin potostat tu, rupanya awak. Tengok tudung pink awak tu, lagi la nampak berisi.

En. Monshi jahatttt!

Tapi, aku naik penimbang hari ni, terkejut wehhh!

Baru je dua minggu lepas 60 kg, kali ni 62 kg? 2 kilo dlm masa 2 minggu!!!!

Apa aku makan ni? Uwwaaaaaaaa

Kena masuk geng Haida dah ni, diet dan senaman!

Monday, September 5, 2016

Mari kita bermula semula

Al salam alaykum

Berat hari ini ialah: 60.8 kg

Marilah kita cuba lagi mendapat 57.0 kg

Sunday, July 24, 2016

Dah gemuk balik!!!

Al salam alaykum

Apabila gelang tak menggelongsor laju di pergelangan tangan, dah gemuk semula la tu!

Kena mula rejim diet semula!

Tapi, nak makan rendang daging lagi! Uwwaaaa

Biskut ala-ala koko oat crunch yg dh habis setengah balang!


Thursday, February 25, 2016

57.8 kg

Al salam alaykum

Baru dpt 57.8 kg. Itu pun sbb puasa 4 hari berturut2. Puasa Isnin Khamis dan puasa hari putih. 

Budak kat ofis ckp sbb puasa mmg la dapat. Tapi aku makan tetap cukup kalori 1200 sehari. 

Minggu depan naik la tu jadi 60 kg semula. Heheehe