lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Tuesday, November 7, 2017

Lawan turun berat

Al salam alaykum

Apabila ex-housemate wasap kami berat dia dah mendadak naiknyaaaa, maka jom kita lawan turun berat.

Ada motivasi sikit kan?

Akan bermula Isnin ni selama 2 bulan.

Mudah-mudahan semua berada pada momentum yg betul

Saturday, November 4, 2017

Monday, October 23, 2017

GDM

Al salam alaykum

Aku jumpa regim baru. Gila ah! Part paling gila hari kedua boleh makan sayur je. Aku tak makan sayur macam makan buah. Aku makan sayur dgn nasi. Dan jenis sayur yg aku makan boleh dikira dgn sebelah tangan je. Adoi!

Nak cuba ke tak?
 
—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�

Pelan Pemakanan GDM

Hari Pertama
Pada hari pertama, anda hanya boleh makan buah sahaja. Makanlah sebanyak mana buah yang anda suka. Cuma jangan makan buah pisang. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Hari Kedua
Makan sayur-sayuran sahaja. Boleh makan sayuran mentah seperti tomato, salad dan timun atau sayur yang dimasak. Anda juga boleh makan kentang pada waktu pagi. Minum air 2 liter sehari.

Hari Ketiga
Hari ketiga, anda makan kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi jangan makan buah pisang ye. Minum air 2 liter sehari.

Hari Keempat
Anda perlu makan buah pisang dan susu rendah lemak. Jangan makan pisang melebihi 8 biji. Boleh juga makan sup kosong.

Hari Kelima
Makan protein seperti ayam dan daging bersama tomato dan sup.

Hari Keenam
Makan protein (ayam, daging dan sebagainya) dan menu berasas vege atau sayur-sayuran. Digalakkan makan menu protein yang direbus atau dibakar bukannya digoreng.

Hari Ketujuh
Hari terakhir, makan kombinasi buah dan sayur. Anda juga boleh makan beras perang. Tapi hari ketujuh jangan makan protein.


Bleh baca kisahnya di sini:


Diet telur ok lagi kot hahaahaha

Tuesday, October 10, 2017

Apabila sebungkus coklat cip habis dalam masa 5 minit

Al salam alaykum

Bateri penimbang dah kiok, maka pergi beli baru. Tapi masih tak naik penimbang. 

Akhir sekali aku timbang 28/09 di HKL, 64kg. 

Fuhhhh! Ngeri!

Sekarang pula, rasa perut lapar sentiasa. Banyak cacing ke?

Sebenarnya aku dh mula kira kalori semula akhir 1438H, tapi awal Muharram pergi berjimba ke PD dan Melaka, maka ke laut la semuanya. 

Belum terlambat kan esok kita mula semula?

Tuesday, August 15, 2017

Yes To Wellness NC

Al salam alaykum

Jumaat minggu lepas jumpa Lina yg buka Nutrition Centre bersama Nurul. 



Sambil-sambil pemeriksaan kesihatan. 



Tengok berat tu!

Adoi!

63.3 kg. Ntah mana hilang 60kg tu wehhh!


Thursday, July 20, 2017

Tuesday, July 11, 2017

17 Syawal 1438H

Al salam alaykum

Sebelum buka puasa tadi:

61.1 kg

Aishh. Makin jauh 59 kg tu

Thursday, June 8, 2017

13 Ramadhan

Al salam alaykum

Hari ni recet rebet seharian. Tak tahu sbb apa. 

Mungkin sbb nasi ambeng PARAM smlm. Atau meatball PARAM. Atau nugget sahur td. 

Yg penting, berat turun sekilo. 

59.3 kg. 

Wajib la update dulu. Nnt lupa. 

Wednesday, June 7, 2017

Friday, May 26, 2017

29 Syaaban 1438

Al salam alaykum

Lupa nak timbang pagi tadi. Tapi aku rasa berat aku naik. Hahahaha... Berdasarkan berat semasa menderma darah itu hari. http://kehelan81.blogspot.my/2017/05/tekanan-di-tempat-kerja.html

Pastu malam tadi pun aku makan malam lewat, jadinya mesti berat naik juga kan?

Selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia. Semoga kita semua mendapat kekuatan luar biasa utk mengimarahkan Ramadhan yg dating setahun sekali. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yg terdahulu.

Selain mengumpul pahala, mana tahu berat turun juga kan?

Friday, April 28, 2017

1 Syaaban 1438

Al salam alaykum

Berat pagi ni 60.7 kg.

Adoi! Bagus sangat, 2 kg naiknyaaaaaa! Sepatutnya dapat la 58 kg kan?

Kena turunkan juga bulan puasa ni sbb baju raya dah siap. Mokcik Zie amik ukuran baju aku tahun bila pun tak tahu tu... Dah banyak tahun tak pergi ukur...

Mari kita bermula!

Saturday, April 15, 2017

01.kg je!

Al salam alaykum

Mcm takde progress je ni. Dah tengah Rejab ni, masuk Syaaban, kendian Ramadhan. Pastu Syawal InsyaAllah.  Kalau tak dapat turun lagi ni, Syawal nanti takleh makan kuih raya banyak-banyak. 

 

Friday, March 24, 2017

Terkini

Al salam alaykum


Dah dapat semula angka 5 di depan. Mampukah bertahan?