lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Monday, October 23, 2017

GDM

Al salam alaykum

Aku jumpa regim baru. Gila ah! Part paling gila hari kedua boleh makan sayur je. Aku tak makan sayur macam makan buah. Aku makan sayur dgn nasi. Dan jenis sayur yg aku makan boleh dikira dgn sebelah tangan je. Adoi!

Nak cuba ke tak?
 
—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�

Pelan Pemakanan GDM

Hari Pertama
Pada hari pertama, anda hanya boleh makan buah sahaja. Makanlah sebanyak mana buah yang anda suka. Cuma jangan makan buah pisang. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Hari Kedua
Makan sayur-sayuran sahaja. Boleh makan sayuran mentah seperti tomato, salad dan timun atau sayur yang dimasak. Anda juga boleh makan kentang pada waktu pagi. Minum air 2 liter sehari.

Hari Ketiga
Hari ketiga, anda makan kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi jangan makan buah pisang ye. Minum air 2 liter sehari.

Hari Keempat
Anda perlu makan buah pisang dan susu rendah lemak. Jangan makan pisang melebihi 8 biji. Boleh juga makan sup kosong.

Hari Kelima
Makan protein seperti ayam dan daging bersama tomato dan sup.

Hari Keenam
Makan protein (ayam, daging dan sebagainya) dan menu berasas vege atau sayur-sayuran. Digalakkan makan menu protein yang direbus atau dibakar bukannya digoreng.

Hari Ketujuh
Hari terakhir, makan kombinasi buah dan sayur. Anda juga boleh makan beras perang. Tapi hari ketujuh jangan makan protein.


Bleh baca kisahnya di sini:


Diet telur ok lagi kot hahaahaha

No comments: