lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Thursday, February 28, 2019

27/02/2019 - Tamatlah sudah Jom Kurus Bersama!

Al salam alaykum

Semalam last timbang utk Jom Kurus Bersama!

Berat terkini aku ialah 63.7 kg!

Total penurunan dari 02/01/2019 - 27/02/2019 ialah 3.5 kg.

Tak tau la ok ke tak. Tapi aku kecewa juga laaa...

Payahnya sekarang! Tak tau la yg turun tu lemak ke muscle!

Bila aku cuba utk makan ikut coach di Isntagram tu, berat aku kekal selama 3 minggu!

Sakit hati juga rasanya hahahaah

Mereka minta sambung 2.0.

Tapi aku tak join kot. Payah juga nak bawa terbang penimbang ikut sama nanti.

Cukuplah aku jadi admin je nanti.


Wednesday, January 9, 2019

Tips nak kurus!

Al salam alaykum

Berat aku hari ini ialah 66.8 kg. Sikit je turunnya.


Tapi permulaan yg baik la pada aku, demi 60kg!



Tips nak kurus yg selalu aku baca ialah, beritahu orang lain bahawa kita sedang berusaha nak kurus, maka org sekeliling boleh support kita. Betul ke tu?

Ada betul juga, ada tak. Biasalah, mesti akan ada yg kata,

ko nak kurangkan berat apa lagi? Dah sekeping dah tu.

Jangan cerita pasal berat badan kat sini!

Ye la sangat tu, makin naik lagi ada la...


Abaikan je la...

Sebab akan ada yg tolong remind ko walaupun nada mcm perli2 kan?

Kata nak diet, kenapa banyak ko ambil nasi tu?
Ko minum air ni, insyaAllah boleh turun.
Ciklong, jangan makan banyak, Ciklong kan nak kurus!
Ciklong nak kurus kan? Ciklong makan buah je banyak-banyak, nanti boleh la kurus.

Hahahaa... bitau anak sedara lagi best rupanya! Menyokong je apa yg Ciklong cakap!

Jadi, jangan malu nak beritahu semua yg ko sedang berusaha menurunkan berat badan!
InsyaAllah, ada yg menyokong usaha ko.

Thursday, December 27, 2018

27/12/2018 Uwwaaaaaa

Berat pagi ini ialah jeng jeng jeng jeng

67.2 kg

Tak boleh jadi dah, aku mmg kena bertindak dgn betul-betul usaha!

Aku tak sanggup 70kg tu datang lagi!

Maka, bermula dari kak Zack tulis nama "Jenur Kurus Aamin" aku ajak kak Zack turunkan berat sesama.

Dipersetujui ramai, maka kita mulakan lagi sekali.

Semoga Berjaya kali ni.

Wednesday, July 11, 2018

Thursday, May 17, 2018

1 Ramadhan 1439

Al salam alaykum

Hari ini 66.7 kg hahahaha

bermula bermula makin menggemuk adalah, bukan makin mengurus... hahahaah

Wednesday, April 4, 2018

Diet Ketogenic

Al salam alaykum

Miza cite pasal diet ketogenik, maka sedang mencari info.

link yg aku jumpa:

https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/1122777407742333

Dan rupanya berkesan utk mengubati sawan kanak-kanak:

http://web.usm.my/sawan/professional/DRUG/dietk.htm

Belum ada kajian terkini kesan sampingan kepada badan terutamanya buah pinggang, dan juga perlu kawalan kalori juga:

http://www.dietfitmalaysia.com.my/kurus-dengan-diet-ketogenik/

https://ubatpensil.wordpress.com/2018/01/06/diet-ketogenik-berkesan-turunkan-berat-badan-tapi/

Susah jgk nak fama diet ketogenic ni, sbb susah nak bezakan mana satu lemak mana satu protein.

Monday, January 15, 2018

10 days Weight Loss Program

Al salam alaykum

Sebab aku sakit hati berat aku naik dari 59kg ke 65 kg, aku beli GC Plus lepas baca macam-macam testimonial kejayaan. Yang penting, founder dia pun mmg menggunakan produk sendiri, menjadikan diri sendiri sebagai bahan kajian, maka tak teragak-agak la aku mencuba.

 

Selepas 10 hari, aku turun 1.9 kg. Tapi kalau tengok trend penurunan tu buat sakit hati jugak la... Boleh dia main static je berat sama 3-4 hari. Sakit hati tengok!

Tapi yg paling sakit hati sbb rasa kenyang! Hahaha... nak makan sedap-sedap pun rasa rugi, makan satu rasa kenyang. Maka aku tukar makan 4-5 kali sehari.

Baru 10 hari, ada lagi 20 hari utk habiskan GC Plus aku. Menurut kata pihak GC Plus, penurunan nnt akan lambat sikit sbb aku dah capai borderline ideal weight.

Tapi aku nak turun lagi sampai dapat angka 5 kat depan supaya aku dapat pakai baju saiz M yg aku beli dgn Miza dulu. Skrg pun boleh pakai, tapi ketat, aku tak selesa. Aku kan mmg pakai saiz besar je.

Boleh baca details di sini: http://www.dianaishak.com/2018/01/valid-lagi-ke-bagi-suami-pegang-duit.html

Monday, January 8, 2018

Tahun baru azam baru hahah

Al salam alaykum

Tahun baru, bermula dengar berat 65.3 kg.

Nangis! Haahahaaha

jadinya, misi 59.0 kg la dulu, misi 55.0 kg kena tolak tepi dulu...

huhuhuhhu

Aku ada beli supplement, semua kata ok supplement tu. Baru hari keempat, cukup 10 hari aku update semula.

InsyaAllah

Tuesday, November 7, 2017

Lawan turun berat

Al salam alaykum

Apabila ex-housemate wasap kami berat dia dah mendadak naiknyaaaa, maka jom kita lawan turun berat.

Ada motivasi sikit kan?

Akan bermula Isnin ni selama 2 bulan.

Mudah-mudahan semua berada pada momentum yg betul

Saturday, November 4, 2017

Monday, October 23, 2017

GDM

Al salam alaykum

Aku jumpa regim baru. Gila ah! Part paling gila hari kedua boleh makan sayur je. Aku tak makan sayur macam makan buah. Aku makan sayur dgn nasi. Dan jenis sayur yg aku makan boleh dikira dgn sebelah tangan je. Adoi!

Nak cuba ke tak?
 
—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�

Pelan Pemakanan GDM

Hari Pertama
Pada hari pertama, anda hanya boleh makan buah sahaja. Makanlah sebanyak mana buah yang anda suka. Cuma jangan makan buah pisang. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Hari Kedua
Makan sayur-sayuran sahaja. Boleh makan sayuran mentah seperti tomato, salad dan timun atau sayur yang dimasak. Anda juga boleh makan kentang pada waktu pagi. Minum air 2 liter sehari.

Hari Ketiga
Hari ketiga, anda makan kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi jangan makan buah pisang ye. Minum air 2 liter sehari.

Hari Keempat
Anda perlu makan buah pisang dan susu rendah lemak. Jangan makan pisang melebihi 8 biji. Boleh juga makan sup kosong.

Hari Kelima
Makan protein seperti ayam dan daging bersama tomato dan sup.

Hari Keenam
Makan protein (ayam, daging dan sebagainya) dan menu berasas vege atau sayur-sayuran. Digalakkan makan menu protein yang direbus atau dibakar bukannya digoreng.

Hari Ketujuh
Hari terakhir, makan kombinasi buah dan sayur. Anda juga boleh makan beras perang. Tapi hari ketujuh jangan makan protein.


Bleh baca kisahnya di sini:


Diet telur ok lagi kot hahaahaha

Tuesday, October 10, 2017

Apabila sebungkus coklat cip habis dalam masa 5 minit

Al salam alaykum

Bateri penimbang dah kiok, maka pergi beli baru. Tapi masih tak naik penimbang. 

Akhir sekali aku timbang 28/09 di HKL, 64kg. 

Fuhhhh! Ngeri!

Sekarang pula, rasa perut lapar sentiasa. Banyak cacing ke?

Sebenarnya aku dh mula kira kalori semula akhir 1438H, tapi awal Muharram pergi berjimba ke PD dan Melaka, maka ke laut la semuanya. 

Belum terlambat kan esok kita mula semula?

Tuesday, August 15, 2017

Yes To Wellness NC

Al salam alaykum

Jumaat minggu lepas jumpa Lina yg buka Nutrition Centre bersama Nurul. 



Sambil-sambil pemeriksaan kesihatan. 



Tengok berat tu!

Adoi!

63.3 kg. Ntah mana hilang 60kg tu wehhh!


Thursday, July 20, 2017

Tuesday, July 11, 2017

17 Syawal 1438H

Al salam alaykum

Sebelum buka puasa tadi:

61.1 kg

Aishh. Makin jauh 59 kg tu

Thursday, June 8, 2017

13 Ramadhan

Al salam alaykum

Hari ni recet rebet seharian. Tak tahu sbb apa. 

Mungkin sbb nasi ambeng PARAM smlm. Atau meatball PARAM. Atau nugget sahur td. 

Yg penting, berat turun sekilo. 

59.3 kg. 

Wajib la update dulu. Nnt lupa. 

Wednesday, June 7, 2017

Friday, May 26, 2017

29 Syaaban 1438

Al salam alaykum

Lupa nak timbang pagi tadi. Tapi aku rasa berat aku naik. Hahahaha... Berdasarkan berat semasa menderma darah itu hari. http://kehelan81.blogspot.my/2017/05/tekanan-di-tempat-kerja.html

Pastu malam tadi pun aku makan malam lewat, jadinya mesti berat naik juga kan?

Selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia. Semoga kita semua mendapat kekuatan luar biasa utk mengimarahkan Ramadhan yg dating setahun sekali. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yg terdahulu.

Selain mengumpul pahala, mana tahu berat turun juga kan?

Friday, April 28, 2017

1 Syaaban 1438

Al salam alaykum

Berat pagi ni 60.7 kg.

Adoi! Bagus sangat, 2 kg naiknyaaaaaa! Sepatutnya dapat la 58 kg kan?

Kena turunkan juga bulan puasa ni sbb baju raya dah siap. Mokcik Zie amik ukuran baju aku tahun bila pun tak tahu tu... Dah banyak tahun tak pergi ukur...

Mari kita bermula!

Saturday, April 15, 2017

01.kg je!

Al salam alaykum

Mcm takde progress je ni. Dah tengah Rejab ni, masuk Syaaban, kendian Ramadhan. Pastu Syawal InsyaAllah.  Kalau tak dapat turun lagi ni, Syawal nanti takleh makan kuih raya banyak-banyak.