lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Monday, November 14, 2011

CABARAN DIET CUTI SEKOLAH SESSI 2011

al salam alaykum

aku nak join lg satu pertandingan...

sbbnya, berat aku tak capai pun 55 kg lg!!!

aku timbang masa medical check up sblm raya arituh ialah:

56.7 kg!!!


sedih btul! lepas raya aku tak timbang lg...

aku ingt lagi, balik raya haji, mak aku suh naikkan berat semula sampai 60 kg...

mak aku cakap:

"ingt comel sangat la tuh kurus kering mcm tu?"

ekekekeke.... adik bongsu aku ckp,

"masa kaklong gemuk, ma suruh kurus, ni kaklong kurus, ada ke suh naik berat semula?"

ekekekeke lagi...

ok la, korang nak join boleh baca kat blog penganjur:

http://mylowad.blogspot.com/ 


SYARAT2 CABARAN DIET CUTI SEKOLAH SESSI 2011....

1- Program akan bermula pada 20 Nov 2011 dan berakhir pada 1 Januari 2012. (6 minggu)

2- Yuran penyertaan = Takde. Free of charge. Cuma perlu mendaftar sebelum cuti sekolah bermula.

3- Peserta perlu mempunyai berat melebihi berat ideal. Kalau dh terlalu kurus tp nk turunkan juga berat, merbahaya tau! Pihak penganjur taknak bersubahat & bertanggungjawab....

4- Kemenangan berdasarkan 1. Berat paling byk turun & 2. LWP (Lose Weight Percentage) tertinggi. (2 pemenang)

5- Wajib ada BLOG. Perlu update apa yg patut. Kalau ada gambar lg bagus. At least seminggu sekali pun cukup.

6- Wajib ada gambar (full) + gambar timbangan pada 21 Nov 2011 & pada 1 Jan 2012. (Sbg bukti)

7- Timbangan mingguan adalah pada hari Ahad (masa terpulang samada waktu pagi, tghari @ ptg tp mesti dibuat pd hari yg sama. Sila maklumkn kpd penganjur kalau tak blh nak update. 3 kali gagal update = anda tersingkir.

8- Cara diet mengikut citarasa masing2. Boleh cuba makan produk diet, jaga pemakanan @ senaman. Yg penting jgn sampai memudaratkan diri.

9- Hari AHAD adalah hari timbangan. Free day? Ikut pilihan sendiri. Kalau ada kenduri pd hari Ahad, dinasihati, timbang dulu berat seblm pegi melantak....

10- Boleh tarik diri atas alasan munasabah. Cth: Termengandung masa cabaran @ cik abg tak bagi kuruskn badan ;D

PENYINGKIRAN BERLAKU KALAU

1- Berat naik 3 kali

2- Tidak update berat sebanyak 3 kali

3- Anda mengandung @ sakit parah

4- Anda tak snap gambar & tak update langsung blog tentang program ini.

5- Anda buat liposuction

TARGET UTAMA = TURUNKAN BERAT
(cut & paste dr Program Diet 50 Hari. Zelia jgn mare yer...)

HADIAH:
Bergantung kpd penaja. Lg ramai sponsor, lg byk hadiah. Jd jika ada sebarang penajaan terutama drp mereka yg ada bisnes, hrp2 peserta dpt uar2kn kat dlm blog @ fb masing2. Moga2 sapa2 yg menaja ni akan dimurahkn rezeki sbb murah hati menyumbang hadiah utk para pemenang.

JGN BERLENGAH LAGI. JOM LA JOIN CABARAN NI. MANA LER TAU ANDA PEMENANGNYA...

Tuesday, November 1, 2011

CT5K - 31/10/2011

al salam alaykum

berat semalam ialah:

55.9 kg

naik 400 gram...

misi 55.0 kg tak tercapai lagi!!!!

Tuesday, October 25, 2011

CT5K - 24/10/2011

al salam alaykum

semalam timbang kat rumah adik, pakai timbang lama...

dapat:

55.5 kg

hari ni adik nak bawak kami makan kat bagan lalang... alahai!!!

Tuesday, October 18, 2011

CT5K - 17/10/2011

al salam alaykum

beratnya ialah: 55.8 kg



lg 800 gram ye! harap dpt langsai la minggu ni...

kalau dh dapat 55.0 kg... nak amik target baru plak...


cuma, semua org dh tak bagi aku turun berat lagi... kalu ikut mak, dia nak suh naik 60 kg semula...

sbbnya, skrg ni aku selalu ada sakit lutut... yg aku tak pernah alami sebelum nih... aku terpaksa berehat dr nak mendaki2 ni dulu... time daki takde masalah dgn lutut tu... time nak turun, seksa!!!

ada boleh bg nasihat & tips utk saya?

terima kasih

Tuesday, October 11, 2011

CT5K - 10/10/2011

al salam alaykum

semalam timbang berat ialah 56.2 kg...

turun 100g je dr minggu lepas???


sedih... mana berat aku 55.9 kg ni???

ok, aku akan cuba update carta pemakanan aku kat MyFitnesspal.com... kalau rajin aku akan tepek kat sini...

sesuatu mesti dilakukan!

55.0 kg susah nak dapat, inikan plak 52.0 kg...


kay, usaha!!!!

Monday, October 10, 2011

Kembang Kini

al salam alaykum

selepas PERS yg dh 2 minggu lepas, aku masuk plak dua lg kontest di FB Kumpulan Manusia Mahu Kurus... satu berdasarkan ATKINS, lagi satu anjuran Kak Zel, Turun 5kg Sebulan... dua2 tak payah update kat blog... sbb tu la senyap skit kat blog ni...

yg aku nak cerita, yg ATKINS tuh mmg tak menjadi langsung... sbbnya, setiap hari sepanjang minggu lepas tanpa gagal aku membaham nasi, roti, mee dan semua yg sewaktu dengannya... mujur je aku puasa Isnin Khamis, terkawal la sikit... kalu hari tak puasa, asyik rasa nak mengunyah je... tensen! tambahan plak, biskut-biskut pasca raya ni mmg la tersangat sedap la rasanya!! ekeekekeke...

hari selasa, pergi makan kat Restoran Spring Potato, Sri Gombak... aku makan Spring Potato la kan, hidangan wajib... sedapp!!! rasa dia lain dr Spring Potato yg dijual di pasar-pasar malam.... makanan Korea yg aku cuba kali ialah Jabchae... hidangannya besar, boleh la nak share 3 org, tp aku makan sorg je dgn jayanya... Jabchae ni kiranya mcm mee goreng versi Korea...

Jabchae

Kendian, hari Khamis arituh, aku balik lewat, jadinya berbuka la puasa di Meal Station KL Sentral... aku makan Asam Laksa... sedapp sangat!!! makan sorg je ok!

mewah!

kendian, Kak Gie plak ajak aku share makanan dia, Meals Platter... mmg syiokkk!!!!


hari Jumaat, aku p makan ikan bakar kat Keramat... sepinggan lagi nasi... tlg plak Kak Gie habiskan ikan terubuk bakar dia... lelah betul bab makan-makan ni!

hari Sabtu pagi, aku plan nak pergi daki Bukit Apek... tp lutut aku sakit bila nak turun tangga... jadinya, sblm dia melarat jadi teruk, aku tak join la daki Bukit Apek... sayang lutut! sampai pagi nih masih lg terasa sakitnya kepala lutut tuh bila turun tangga di stesen Komuter Batu Tiga... bila naik tangga, ok je!

aku yg perasan dh kurus!

oh, sampai saat ini, angka 55.0 kg blum kelihatan lagi!

sedih...
pilu...
tertekan...

aarrghhhhh!!!

Sunday, October 2, 2011

Tempah baju

Al salam alaykum

Td p tempah baju saiz baru... Cik Zie ckp jgn ngada2 naik badan lagi, sayang ke baju... Baik!!

Tempah sekali kain yg aku beli kat Bandung tahun lepas... Dah setahun simpan, tp takde tanda-tanda pun, aku tempah je la utk dipakai pada Majlis Makan Malam Tahunan bulan 12 nanti, walaupun temanya xtau lagi... Dan baju itu juga akan dipakai semasa majlis perkahwinan kawan aku nnt, jangan baju pengapit lagi glamer dr pengantin sudah la kan...