lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Sunday, February 24, 2013

Padan la

Al salam alaykum

Aku baru faham kenapa org buat diet atkins cepat turun. Dan, bila ditinggalkan sekejap, boleh naik semula.

Aku tengok dan perhati, orang diet atkins ni kadang-kadang tak cukup kalori yg diperlukan oleh badan mereka. Katakan keperluan kalori oleh badan mereka 1200 kal, tapi diorg amik sehari kurang daripada tu. sbb tu berat cepat turun.

Dan, bila dah lepas fasa induksi, mereka dah boleh amik carb lebih dari 20g sehari, aku tak ingt berapa.

Dan, bila kantoi makan, ataupun tinggalkan atkins, boleh naik berganda kot.

Ini berdasarkan apa yg aku perhatikan kawan-kawan aku la dan yg aku ikut diet mereka di internet.


Aku pun baru macam berfikir-fikir nak buat atkins, tapi bimbang pulak rasanya





Friday, January 11, 2013

target

al salam alaykum

lupa nak letak target...


55 kg pada 27/03/2013

Thursday, January 10, 2013

Naik

al salam alaykum

ingatkan balik dari jalan-jalan, beratnya turun... dapat la angka 5 kat depan kan?

dia naik pulak jadi 61.6 kg! sedih betul!

Thursday, December 20, 2012

20122012

al salam alaykum

20.12.2012: berat pada hari ini ialah 64 kg...

sedih ok!

sejak masuk kerja baru, dengan berat 57.2 kg pada 18/06/2012, cukup 6 bulan berat naik hampir 7 kg!

menggigil!


ayuh, kita mulakan sekali lagi!

Saturday, November 10, 2012

10.11.12

Al salam alaykum

Baiklah... Apabila saiz baju dari 46 ke 42, tiba-tiba kena pakai 44... Saiz seluar dari 36 ke 31, tiba-tiba naik ke 33... Apakah tandanya??? Apakah tandanya???


Sila insaf wahai cik Kay, jgn tunggu sampai esok!

Friday, September 28, 2012

Nak gelak kejap

Al salam alaykum

Bknnya menurun beratnya, menaik tak turun-turun...

Tuesday, August 28, 2012

selepas puasa

al salam alaykum

timbang pada 17/08/2012: 59.1 kg... sekilo pun takde turun... sedih!

pada 23/08/2012: naik ber-kg2 kot... huhuhuhuh

malas nak timbang