lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Thursday, September 8, 2011

Kenapa Nak Kurus???

al salam alaykum

Kawan aku tanya, kenapa aku nak kurus? katanya, bkn aku bila kurus pakai baju fit-fit, ketat-ketat nmpk body pun... pakai baju besar jgk, tutup susuk tubuh...

aiyyaaakkkk... itukan ajaran Islam? menutup aurat dgn memakai baju yg longgar...

hahahahaha.... aku mmg pakai baju besar sejak dari zaman kurus lg... dan baju besar itu sempit bila aku gemuk... sedang2 elok aku suka pakai baju saiz XL, tiba-tiba kena beli XXXL plak...

mujur lg bila dh kecik ni skit, baju saiz M masih lg longgar dgn tubuh aku...

ok, sebenarnya aku takde sebab-sebab tertentu kenapa aku turunkan berat badan...

cuma, aku tak selesa bila berjumpa dengan saudara mara, dengan kawan-kawan lama, diorg akan menegur, kenapa makin gemuk ni? knp makin sehat ni? happy sangat ke?

aku tak gembira, bila mak aku masak sedap-sedap... dan aku makan dengan happynya, dan lepas makan, mak aku cakap, sudah-sudah la tu makan... kurus-kurus la skit...

dan, aku juga tak selesa bila org yg aku rasa umurnya lg tua dari aku, terutamanya wanita yg vogue the vast panggil aku kakak dan makcik... sedangkan hakikatnya, aku yg patut panggil mereka kakak ataupun makcik...

aku juga tak selesa, bila ada org buat kesimpulan yg aku dh kahwin dan punya anak, sedangkan hakikatnya aku masih bujang dan masih mencari, dan masih berdoa...

dan, aku juga tak seronok bila lepas ambil gambar, aku tgk gambar aku, knp aku gemuk? knp pipi aku tembam, knp itu? kenapa ini?

bkn aku kata gemuk itu hodoh, tidak... malah, sekeliling aku, yg berbadan besar, semua cantik-cantik belaka... kerana mereka ada keyakinan diri...

cuma, aku rasa, gemuk itu tak sesuai dgn aku! aku rasa aku hodoh sangat! dah la mmg tak berapa nak cantik... aku hilang keyakinan diri!!

mungkin jugak, aku bukan dilahirkan gemuk, aku bukan dilahirkan tembam... jadi, aku pikir imej besar tidak serasi dgn aku... cukup2 lah aku rasa diri aku gemuk...










6 comments:

desperate mama said...

setuju.... semuanya mengikut keselesaan masing masing kan... kalau 60 kg masih buat kita rasa tak selesa... nak buat macam mana...

noradzlina.kamdani said...

lin setuju apa yg kay coretkan kt blog ni

N a d i a said...

Setujuuuuuuuuuuu~


Yakinlah Kay, dikau mampu mencapai itu 55kg! Berusahalahhhh~

Faz Fazrin said...

ooo single lg,,wahahahaha

Kay said...

Fidza... Fidza dh update berat blum minggu ni?

Kak Lin... hmmm, tp susah org nak paham...

Nadia... sama2 la kita... go go chaiyookk!!

Bici.. a haaa... itu yg dikomennya...

gerbert said...

mungkin ini jawapan yang anda cari2 selama ini
http://jomcepatkurus.blogspot.com