lagi berapa kg nak capai 55?

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

Ikut La...

Thursday, December 31, 2015

Azam nak 55 kg bawak ke tahun depan

Al salam alaykum

Hari ni timbang, masih lagi 59.4 kg...

Susah sungguh nak maintain 58 kg, apatah lg nak mencapai 57 kg...

Jaga makan bukan segalanya!

bila nak mula berlari? bersenam? berdaki mendaki?

Maka, mulakan ia pada 1/1/2016.


Thursday, October 22, 2015

58.6 kg!

setelah sekian lama statik 59-60, hari ni dapat 58.6 kg!

Alhamdulillah... tapi mungkin sekejap, sbb weekend ni balik Kuantan... :)

Tuesday, September 1, 2015

Cabaran bila dah kurus skit

Al salam alaykum

Jumpa org yg dh lama tak jumpa

"Kenapa kurus? Gemukkan skit badan. Tak lawa!"

"Dulu gemuk, comel je muka"

Waaaaaa!!!


Wednesday, August 19, 2015

Berat selepas setahun

Al salam alaykum

Selepas berjimba-jimba dgn open house dan makan sedap-sedap, berat pada pagi tadi ialah

59.6 kg

ish, tanak turun jadi 58 kg ke?

Tahun lepas pada 04/08/2014, berat aku ialah 67.5 kg!!

Selepas setahun, 7.9 kg hilang... alhamdulillah!

tapi sebenarnya, perkembangan tu lambat... mmg nampak sgt metabolisme ko rendah sangat dah ni!


sakit jugak nak jaga makan je...

nak makan sedap-sedap lagi!

tapi makan sedap-sedap, mesti makan banyak!

pastu berat naik!

pastu mengah!

pastu susah nak gerak!

pastu sibuk nak turunkan berat semula!

pastu jaga makan semula!

kalau ada rezeki, boleh la turun berat!

kalau dah metabolisme mmg takde, cemana?

maintain la badan besar sampai ke tua!

itu pun kalau sempat tua.... :(

Wednesday, July 22, 2015

Selepas Ramadhan

Al salam alaykum

18/6/2015: 59.1 kg
14/7/2015: 58.6 kg
22/7/2015: 60.2 kg

Kan? Berat aku tak turun pun sebenarnya sepanjang puasa ni. 

Tuesday, May 12, 2015

Akhirnya...

Al salam alaykum

Selepas 8 minggu. 

Kali ni sangat susah. 




Harap turun lagi dan dapat kekalkannya. 

Friday, March 13, 2015